PERSEDIAAN SEBELUM HARI TEMUDUGA
semua pembaca
ebook ini iaitu
apakah persediaan yang
patut anda buat setelah menerima surat panggilan
temuduga daripada
jabatan/kementerian kerajaan.
TINDAKAN PERTAMA
Ini adalah
bahagian yang terpenting
yang sering dipandang
ringan oleh
kebanyakan calon-calon
yang bakal menghadiri
temuduga. Tahukah anda
apakah tindakan
pertama yang patut
anda ambil setelah
menerima surat
temuduga?
Baca dan fahami surat temuduga.
Ya! Baca dan fahami surat panggilan temuduga sehingga selesai ke
helaian
terakhirnya….Ini sememangnya kerja mudah bukan? Tetapi inilah yang
sering diabaikan
oleh kebanyakan kita.(saya
pun melakukan perkara yang
sama juga suatu ketika dahulu)
Tahukah anda
mengapa saya katakan
ini merupakan tindakan
pertama
yang patut
anda ambil ?
Sebabnya adalah supaya
anda mengetahui dan
memahami apa dokumen-dokumen yang
diperlukan semasa hari temuduga
tersebut. Adakah dokumen-dokumen
tersebut ada dalam ‘fail holder’ anda… atau anda tertinggalkannya di kampung ataupun hilang terutamanya sijil
SPM, Diploma ataupun Ijazah anda.
Jika tertinggal di kampong,
dapatkannya dengan segera. Jika anda bertangguh masa untuk mendapatkannya saya
risau anda akan kesuntukkan masa pada
masa akan datang.. dan
jika ianya hilang
pula, sila berhubung dengan
pihak yang mengeluarkan sijil
dengan segera. Minta
mereka mengeluarkan sijil
terbabit dengan kadar
yang segera. Jika tidak sempat juga
menjelang hari temuduga
tersebut, dapatkan pengesahan bertulis dari pihak yang mengeluarkan sijil supaya memaklumkan pengeluaran sijil anda sedang
dalam proses.
Sering terjadi
kes di mana
sijil-sijil penting ini
tidak dibawa oleh
calon-calon
semasa hari temuduga. Kesudahannya proses pertama pada hari
temuduga
tersebut berlaku
kecacatan kerana setiap
dokumen yang anda
bawa akan
disemak dan ditandakan terlebih
dahulu semasa pendaftaran
pada senarai
yang ada
pada tangan pendaftar.
Lagi banyak anda
tertinggal dokumen
yang diperlukan lagi banyak tanda
(X) yang akan ditulis pada ‘list’ tersebut.
Anda dikehendaki
membawa bersama semasa
temu duga dokumen
ASAL
dan SALINAN PHOTOSTAT seperti
berikut:-
1. Kad Pengenalan;
2. Sijil Kelahiran;
3. Sijil Kewarganegaraan Malaysia
atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil
Kewarganegaraan
Ibu/Bapa (jika berkenaan);
4. Sijil Kelulusan Persekolahan
SPM/SPM(V);
5. Sijil yang
membuktikan kelulusan Bahasa
Melayu setaraf kelulusan
SPM
(jika berkenaan);
6. Ijazah/Diploma dan
transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan
Peperiksaan
Akhir daripada pusat-pusat
pengajian;
7. Surat Pelepasan Biasiswa
selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan);
8. Sijil-sijil lain
yang ada kaitan
dengan jawatan seperti
Sijil Pendaftaran
Penuh dengan Lembaga Ikhtisas
atau kelulusan-kelulusan lain;
9. Sijil kegiatan luar (Asal
Sahaja);
10. Sijil Pendaftaran
Calon Kurang Upaya/Surat
pengesahan penerimaan
bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan
Rakyat (jika berkenaan); dan
11. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi,
Laporan Pengisytiharan Harta,
Surat Pengesahan Ketua
Jabatan (bagi
calon memohon
melalui Internet) dan
slip gaji terakhir
untuk pegawai
sedang berkhidmat di dalam
Perkhidmatan Awam sahaja.
Buat salinan ‘photocopy’.
Sebaiknya buatlah
sekurang-kurangnya 3 salinan
bagi kesemua dokumen
yang diminta.
Asingkan bagi ketiga-tiga
salinan tersebut. Pastikan
salinan
fotokopi tersebut adalah tidak
kotor dan rosak. Anda
perlu membuat salinan
dokumen yang diperlukan saja seperti yang dinyatakan dalam surat
panggilan temuduga tersebut.
Dapatkan Pengesahan bagi Setiap
Salinan Fotokopi.
Setiap salinan
dokumen yang telah
anda fotokopi tadi
perlu disahkan oleh
pihak yang
berkenaan seperti ketua
kampung , Pegawai
Kerajaan, atau
mana-mana yang
dinyatakan dalam surat
panggilan temuduga. Jangan
menipu sudah dengan
mengesahkannya sendiri!!!
Susun Dokumen Mengikut Turutan.
Anda perlu
menyusun setiap dokumen
asal dan juga
salinannya mengikut
turutan yang
dinyatakan dalam surat
panggilan temuduga. Salinan
fotokopi
dokumen asal kemudiannya dikepilkan
dengan kemas dan kemudian dimasukkan dalam sampul surat yang bersesuaian
saiznya. Manakala salinan
asal (original) dokumen
hendaklah dimasukkan dalam ‘fail
holder’. Jika perlu,belilah ‘fail
holder’ yang baru..lagi kemas dan
sedap mata memandang. Fail holder
juga amat penting
peranannya. Jika fail
holder
anda kotor dan buruk, apakah
persepsi daripada panel penemuduga nanti?
Takut anda dianggap sebagai
seorang yang pengotor pula...
Simpan Dokumen Di Tempat Yang
Selamat.
Adalah perlu
menyimpan segala dokumen
yang diperlukan semasa
hari
temuduga nanti
di tempat yang
selamat. Ini adalah
mengelakkan ianya
daripada hilang,
rosak, dicuri, kebakaran
atau apapun.. Jika
perlu, anda
boleh menyimpan
dokumen tersebut dalam
laci yang berkunci.
Ini adalah
bertujuan bagi
menjamin keselamatan dokumen-dokumen penting
yang
amat mustahak ini.
Menyediakan ‘Resume’.
Resume perlu disediakan dengan
teliti untuk diserahkan pada panel penemuduga semasa
hari temuduga nanti.
Jangan sesekali mengabaikan
kepentingannya! Resume
anda akan menerangkan
secara ringkas tentang
diri anda
dari mula anda lahir sehinggalah anda datang
pada hari temuduga tersebut. Jadi, anda perlu menyediakan satu
resume yang begitu
menarik dan
ringkas untuk dilihat
dan dibaca oleh
para panel temuduga
nanti. Apa ciri-ciri yang perlu
ada dalam resume:
1. Ringkas tapi padat.
2. Kemas dan bersih.
3. Bergambar warna - bersaiz
passport.
4. Dicetak di atas kertas yang
berkualiti (gloss paper).
Ini ciri-ciri
yang disyorkan oleh
saya. Anda mungkin
boleh membuat lebih
baik dari
apa yang dinyatakan
ini. Seperkara lagi,
saya cadangkan gambar
untuk resume hendaklah berbentuk
pasport dengan gambar anda memakai
kot dan tali leher. Ini
menunjukkan betapa professionalnya anda.
Ok, sekarang anda perlu “rileks.”
Ambil masa dalam 5 –10 minit
untuk minum kopi/teh dulu.
Bukannya apa, ianya adalah untuk
memberi kesegaran pada
anda...
!