Wanna Get More Traffic??

Wanna Get MOre Income??? Let Jois Us Now

Thursday 25 October 2012

Temuduga Kerajaan Part 2


Statistik  bilangan  Permohonan, Panggilan Temuduga dan
Pengambilan oleh Sektor Awam.
Menurut statistik didapati permohonan bagi apa-apa jawatan yang
diiklankan oleh sektor awam pada tahun 2007 adalah LEBIH 1 juta
permohonan! Yang dipanggil temuduga adalah tidak sampai 500.000
orang..Ramai bukan? Anda mungkin telah beberapa kali dipanggil


temuduga   oleh   sektor   awam   bukan?   Dan   tahukah   anda   berapa   ramai
sahaja yang akan terpilih dan lulus temuduga tersebut. Tahukah anda
bahawa  bilangan  kekosongan  di  sektor  awam  (persekutuan)  adalah 38,000
sahaja!!. Ini adalah termasuk bagi semua kumpulan jawatan.


Dalam   satu   iklan   bagi   jawatan   Jurutera   Awam   contohnya,   permohonan
yang   didaftarkan   adalah   sebanyak   10,000.   Yang   berjaya   untuk   dipanggil
temuduga  adalah  seramai  2000  orang.  Akan  tetapi  berapakah  kekosongan
yang   ada   bagi   mengisi   jawatan   tersebut?   Hanya   400   orang   sahaja!   Jika
anda   juga   memohon   bagi   jawatan   ini,   berapakah   kebarangkalian   untuk
anda   berjaya   untuk   dipanggil   temuduga   dan   seterusnya   berjaya   dalam
temuduga   tersebut.   Persaingan   yang   tinggi   bukan?   Kebarangkalian   untuk
anda  dipanggil  temuduga  adalah  1/5  dan  peluang  untuk  mengisi  jawatan
tersebut adalah 1/25 daripada keseluruhan permohonan. Renung-
renungkanlah.


Panduan Memohon Jawatan di Sektor Awam.
Saya   percaya   anda   yang   sedang   membaca  blog   ini   pasti   tahu   untuk
mengisi   borang   permohonan   online   bagi   sektor   awam   bukan,   betul   tak?
Semua  orang  tahu  mengisi  borang  tersebut.  Sekarang  ni  kita  berada  dalam
zaman IT, sebagai rakyat Malaysia anda semua pasti  sentiasa menggunakan
komputer dan internet. Lagipun yang memohon jawatan kerajaan pasti  tahu
menggunakan  computer,  bukan!  Akan  tetapi  jika  anda  tidak  tahu  ataupun
tidak biasa menggunakan borang online ini, dapatkanlah bantuan daripada
mereka  yang  arif.  Sebelum  anda  mengisi  borang  tersebut,  bacalah  terlebih
dahulu panduan mengisi borang secara online pada   bahagian Panduan.


Baca,  fahamkan  dan   kemudian  isikan  borang   online   tersebut  berhati-hati.
Baca apa-apa informasi yang ada dalam laman web tersebut untuk
menambahkan  pengetahuan  anda  mengenai  permohonan  bagi  jawatan
kerajaan.   Elakkan   daripada   membuat   kesalahan.   Sebelum   mengesahkan
pendaftaran  tersebut,  semak  2  ke  3  kali  kemudian  sahkannya  setelah  anda
benar-benar   berpuas   hati.   Jadi,   anda   telah   berjaya   mengisi   borang   dan
memohon  jawatan  yang  anda  inginkan  dalam  laman  web  tersebut!  Surat
pengesahan pendaftaran akan tiba pada anda dalam lingkungan
seminggu ke 2 minggu.

Dipanggil Temuduga.
Anda  telah  dipanggil  untuk  menghadiri  temuduga  oleh  sektor  awam  melalui
surat?  Jika  ya,  anda  adalah  seorang  yang  amat  bertuah!  Bukannya  senang
untuk   seseorang   dipanggil   temuduga   Tahniah   diucapkan   kepada   anda!
Kenapa saya berkata sedemikian ?  Sebenarnya, meskipun anda hanya baru
dipanggil  untuk  ditemuduga,  sebenarnya  anda  sudah  melangkah  sebelah kaki ke alam kerjaya sebagai penjawat awam.
Kemudian, apakah yang harus anda lakukan? “Set”kan dalam minda
bahawa  anda  telah  pun  berjaya  dalam  peringkat  pertama  mengejar  karier.
Jangan  sesekali memandang rendah  akan  kuasa minda.  Minda yang  dapat
disetkan dengan baik mampu memberi kekuatan kepada keseluruhan
perjalanan temuduga yang bakal anda lalui nanti.
Tetapkan bahawa:
“Jika   tiada   kejayaan   anda   di   peringkat   pertama   ini,   tidak   mungkin   akan
wujud  peringkat  kedua.  Oleh  itu,  perjalanan  mesti  diteruskan.  Anggap  ianya
adalah yang pertama dan yang terkhir dalam hidup anda.”


Waktu waktu sebelum hari temuduga tersebut amatlah   penting
sebenarnya. Persediaan yang bijak diperlukan sebelum menghadapi
temuduga tersebut. Tanpa membuat sebarang persediaan ataupun
persiapan  yang  dilakukan  sambil  lewa  sahaja  akan  menyebabkan  lebih  90%
kebarangkalian   untuk   anda   gagal   dalam   temuduga   tersebut.   Itulah   hasil
yang diperolehi daripada kajian yang saya buat melalui temuramah kepada
mereka  –  mereka  yang  gagal  dalam  temuduga  Sektor  Awam  (peratusan  ini
hanyalah berdasarkan dari pemerhatian saya).


Sebab – Sebab Calon Gagal Dalam Temuduga Kerja Kerajaan
Terdapat   banyak punca   yang   menyebabkan   pemohon-pemohon   gagal
dalam  temuduga  tersebut.  Di  sini  saya  saya  hanya  senaraikan  punca-punca
yang utama sahaja yang tidak sepatutnya anda lakukan nanti:


1. Langsung  tidak  membuat  persediaan  atau  persediaan  acuh  tak  acuh
saja
2. Tidak berpakaian mengikut syarat
3. Bersikap pasif ketika proses temuduga dijalankan
4. Datang lewat ketika hari temuduga
5. Dokumen – dokumen yang diperlukan tidak lengkap.
6. Tidur lewat di malam sebelum hari temuduga
7. Tidak benar-benar mengetahui tentang jawatan yang dipohon
8. Buta tentang perkembangan isu semasa
9. Tidak jujur ketika menjawab soalan yang dikemukakan


Itulah   di   antara   punca-punca   utama   kegagalan   semasa   temuduga   kerja
kerajaan. Tetapi   anda jangan risau,   dalam bab   berikutnya   anda akan
ditunjukkan  penyelesaian  bagi  setiap  kegagalan  yang  telah  dilakukan  oleh
mereka  yang  telah  gagal  tersebut.  Yang  penting,  persediaan  sebelum  hari temuduga amatlah penting dan anda juga perlu tahu ilmu dalam
melembutkan  ahli  panel  temuduga.  Kesemuanya  akan  ditunjukkan  dalam
bab berikutnya.

1 comment: