Wanna Get More Traffic??

Wanna Get MOre Income??? Let Jois Us Now

Saturday 27 October 2012

Temuduga Kerajaan Part 3


PERSEDIAAN SEBELUM  HARI TEMUDUGA



Baik,   tanpa   berlengah   lagi   kita   terus   ke   bab   yang   ditunggu-tunggu   oleh
semua  pembaca  ebook  ini  iaitu  apakah  persediaan  yang  patut  anda  buat setelah menerima surat panggilan temuduga  daripada
jabatan/kementerian kerajaan.


TINDAKAN PERTAMA
Ini   adalah   bahagian   yang   terpenting   yang   sering   dipandang   ringan   oleh
kebanyakan  calon-calon  yang  bakal  menghadiri  temuduga.  Tahukah  anda
apakah  tindakan  pertama  yang  patut  anda  ambil  setelah  menerima  surat
temuduga?


Baca dan fahami surat temuduga.
Ya! Baca dan fahami  surat panggilan  temuduga sehingga  selesai ke  helaian
terakhirnya….Ini sememangnya  kerja mudah bukan? Tetapi inilah yang
sering  diabaikan  oleh  kebanyakan  kita.(saya  pun  melakukan  perkara yang
sama juga suatu ketika dahulu)


Tahukah   anda   mengapa   saya   katakan   ini   merupakan   tindakan   pertama
yang  patut  anda  ambil  ?  Sebabnya  adalah  supaya  anda  mengetahui  dan
memahami apa dokumen-dokumen yang diperlukan semasa hari temuduga
tersebut. Adakah dokumen-dokumen tersebut ada dalam ‘fail   holder’ anda…   atau anda tertinggalkannya di kampung ataupun hilang terutamanya sijil SPM, Diploma ataupun Ijazah anda.


Jika tertinggal di kampong, dapatkannya dengan segera. Jika anda bertangguh masa untuk mendapatkannya saya risau anda akan kesuntukkan  masa  pada  masa  akan  datang.. dan  jika  ianya  hilang  pula,  sila berhubung   dengan   pihak   yang   mengeluarkan   sijil   dengan   segera. Minta
mereka   mengeluarkan   sijil   terbabit   dengan   kadar   yang   segera.   Jika   tidak sempat   juga   menjelang   hari   temuduga   tersebut,   dapatkan   pengesahan bertulis dari pihak yang mengeluarkan sijil supaya  memaklumkan pengeluaran sijil anda sedang dalam proses.


Sering  terjadi  kes  di  mana  sijil-sijil  penting  ini  tidak  dibawa  oleh  calon-calon
semasa hari temuduga.   Kesudahannya proses pertama pada hari temuduga
tersebut  berlaku  kecacatan  kerana  setiap  dokumen  yang  anda  bawa  akan
disemak  dan  ditandakan  terlebih  dahulu  semasa  pendaftaran  pada  senarai
yang  ada  pada  tangan  pendaftar.  Lagi  banyak  anda  tertinggal  dokumen
yang diperlukan lagi banyak tanda (X) yang akan ditulis pada ‘list’ tersebut.


Anda  dikehendaki  membawa  bersama  semasa  temu  duga  dokumen  ASAL
dan SALINAN PHOTOSTAT seperti berikut:-

1. Kad Pengenalan;

2. Sijil Kelahiran;

3. Sijil Kewarganegaraan  Malaysia  atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan
Ibu/Bapa (jika berkenaan);

4. Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V);

5. Sijil  yang  membuktikan  kelulusan  Bahasa  Melayu  setaraf  kelulusan  SPM
(jika berkenaan);

6. Ijazah/Diploma  dan  transkrip/Surat  Pengesahan  Kelulusan  Peperiksaan
Akhir daripada pusat-pusat pengajian;

7. Surat Pelepasan  Biasiswa     selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan);
8. Sijil-sijil   lain  yang   ada   kaitan   dengan   jawatan   seperti   Sijil   Pendaftaran
Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;

9. Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja);

10. Sijil  Pendaftaran  Calon  Kurang  Upaya/Surat  pengesahan  penerimaan
bantuan          Jabatan          Kebajikan          Masyarakat/Program               Kesejahteraan
Rakyat (jika berkenaan); dan

11. Ringkasan           Kenyataan           Perkhidmatan,            Laporan         Penilaian         Prestasi,
Laporan  Pengisytiharan  Harta,  Surat  Pengesahan  Ketua  Jabatan  (bagi
calon  memohon  melalui  Internet)  dan  slip  gaji  terakhir  untuk  pegawai
sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.


Buat salinan ‘photocopy’.
Sebaiknya   buatlah   sekurang-kurangnya   3   salinan   bagi   kesemua   dokumen
yang   diminta.   Asingkan   bagi   ketiga-tiga   salinan   tersebut.   Pastikan   salinan
fotokopi  tersebut adalah  tidak  kotor dan  rosak.  Anda  perlu  membuat  salinan
dokumen         yang       diperlukan         saja      seperti       yang       dinyatakan          dalam       surat
panggilan temuduga tersebut.


Dapatkan Pengesahan bagi Setiap Salinan Fotokopi.
Setiap  salinan  dokumen  yang  telah  anda  fotokopi  tadi  perlu  disahkan  oleh
pihak   yang   berkenaan   seperti   ketua   kampung   ,   Pegawai   Kerajaan,   atau
mana-mana   yang   dinyatakan   dalam   surat   panggilan   temuduga.   Jangan
menipu sudah dengan mengesahkannya sendiri!!!


Susun Dokumen Mengikut Turutan.
Anda  perlu  menyusun  setiap  dokumen  asal  dan  juga  salinannya  mengikut
turutan  yang  dinyatakan  dalam  surat  panggilan  temuduga.  Salinan  fotokopi
dokumen  asal kemudiannya  dikepilkan  dengan kemas dan kemudian dimasukkan dalam sampul surat yang bersesuaian saiznya. Manakala salinan
asal     (original)   dokumen   hendaklah   dimasukkan dalam   ‘fail   holder’.   Jika perlu,belilah   ‘fail      holder’   yang  baru..lagi kemas  dan  sedap mata memandang.   Fail   holder   juga   amat   penting   peranannya.   Jika   fail   holder
anda kotor dan buruk, apakah persepsi daripada panel penemuduga nanti?
Takut anda dianggap sebagai seorang yang pengotor pula...


Simpan Dokumen Di Tempat Yang Selamat.
Adalah   perlu   menyimpan   segala   dokumen   yang   diperlukan   semasa   hari
temuduga   nanti   di   tempat   yang   selamat.   Ini   adalah   mengelakkan   ianya
daripada   hilang,   rosak,   dicuri,   kebakaran   atau   apapun..   Jika   perlu,   anda
boleh  menyimpan  dokumen  tersebut  dalam  laci  yang  berkunci.  Ini  adalah
bertujuan   bagi   menjamin   keselamatan   dokumen-dokumen   penting   yang
amat mustahak ini.


Menyediakan ‘Resume’.
Resume perlu disediakan  dengan  teliti untuk diserahkan  pada  panel penemuduga  semasa  hari  temuduga  nanti.  Jangan  sesekali  mengabaikan
kepentingannya!  Resume  anda  akan  menerangkan  secara  ringkas  tentang
diri     anda       dari      mula      anda lahir      sehinggalah          anda       datang  pada  hari temuduga  tersebut. Jadi, anda  perlu menyediakan  satu  resume  yang begitu
menarik  dan  ringkas  untuk  dilihat  dan  dibaca  oleh  para  panel  temuduga
nanti. Apa ciri-ciri yang perlu ada dalam resume:
1. Ringkas tapi padat.
2. Kemas dan bersih.
3. Bergambar warna - bersaiz passport.
4. Dicetak di atas kertas yang berkualiti (gloss paper).


Ini   ciri-ciri   yang   disyorkan   oleh   saya.   Anda   mungkin   boleh   membuat   lebih
baik  dari  apa  yang  dinyatakan  ini.  Seperkara  lagi,  saya  cadangkan  gambar
untuk resume hendaklah berbentuk pasport dengan gambar anda memakai
kot dan tali leher. Ini menunjukkan betapa professionalnya anda.


Ok, sekarang anda perlu “rileks.”
Ambil masa dalam 5 –10 minit untuk minum kopi/teh dulu.
Bukannya apa, ianya adalah untuk memberi kesegaran pada
anda...
!


2 comments: