Wanna Get More Traffic??

Wanna Get MOre Income??? Let Jois Us Now

Thursday 25 October 2012

Temuduga Kerajaan part 1

PENGENALAN




Kebanyakan kita mahukan kerjaya tetap yang dapat menjamin masa
hadapan tidak kiralah samada sektor awam mahupun swasta. Bekerja
dalam   sektor   awam   amatlah   diimpi-impikan   oleh   kebanyakan   orang   di
Malaysia   terutamanya  bagi  mereka  yang  baru   sahaja  yang  menamatkan
persekolahan ataupun pengajian di universiti. Bekerja di sektor awam
mempunyai  pelbagai  kebaikannya  yang  tersendiri.  Ada  orang  kata  kerja  di
sektor  awam  ini  ‘rileks’  sedikit  berbanding  swasta.  Ada  betulnya  apa  yang
dipikirkan  oleh  orang  ramai  mengenai  bekerja  di  sektor  awam.  Tetapi  tidak
semestinya  begitu!  Kerja  di  sektor  awam  ini  begitu  tinggi  cabarannya  demi
memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan Negara berjalan
dengan lancar.


Kebanyakan ibu bapa amat berbangga jika anak mereka menjawat
jawatan   di   sektor   awam.   Tidak   kiralah   di   jabatan   mana   pun,   ataupun   di
kementerian mana pun anak mereka bertugas. Anak mereka telah
memberikan   kebanggaan   kepada   mereka.   Ada   yang   menjadi   pegawai,
staf sokongan dan ada juga yang menjadi pegawai-pegawai tinggi
kerajaan. Tidak dinafikan bekerja di sektor awam tidak memberikan
pulangan   lumayan   kepada   sesiapa   pun.   Hendak   jadi   kaya,   sektor   awam
bukanlah  tempatnya.  Jadilah  ahli  perniagaan  jika  mahu  kaya!  Sebenarnya
walaupun tidak memperolehi pendapatan yang lumayan, sebenarnya
bekerja  di  sektor  awam  memberi  1001  kepuasan  kepada  penjawat  awam
ini.


Penjawat  awam  ini  sebenarnya  memberikan  dan  meyumbangkan  khidmat
mereka  demi  membantu  kerajaan  mentadbir  bumi  Malaysia  yang  bertuah
ini.   Mereka   ini   lebih   dihormati   di   kalangan   masyarakat   di   atas   jasa   yang
diberikan  ini.  Penjawat-penjawat  awam  diterapkan  nilai  –  nilai  integriti  yang
tinggi   dalam   melaksanakan   kerja   mereka   seharian.   Tidak   dapat   dinafikan
ada juga penjawat awam yang menyeleweng dari tugasnya masing-
masing. Ada yang rasuah, tidak amanah, dan meyeleweng tetapi itu
hanyalah   segelintir   sahaja.   Dan   bagi   mereka   yang   sebegini,   tidak   lama
mereka berada dalam sektor awam. Biasanya dibuang kerja ataupu
merengkok di penjara.


Pada  masa  kini,  penjawat-penjawat  awam  diberikan  pelbagai  kemudahan
dan kelebihan berbanding di  sektor swasta. Ini semua adalah demi menjaga
kebajikan   kakitangan   sektor   awam   juga.   Pelbagai   usaha   dilakukan   oleh
kerajaan demi hal ini. Selain itu juga, sektor awam juga mempunyai
kesatuannya sendiri yang lantang memperjuangkan hak-hak penjawat
awam di Malaysia. Contohnya CUEPACs, kesatuan ini amat lantang


memperjuangkan  hal-hal  kebajikan  penjawat  awam  terutamanya  dari  segi
kenaikan  gaji,  elaun,  kenaikan  pangkat  dan  macam-macam  lagi.  Kerajaan
amat  peka  dengan  tuntutan-tuntutan  yang  di  buat  oleh  CUEPAC  ini.  Seperti
yang   anda   sering   baca   dalam   suratkhabar,  biasanya   tuntutan   –   tuntutan
mereka  dipenuhi.  Oleh  kerana  merekalah  gaji  kakitangan  awam  dinaikkan
pada tahun 2007, 2012 yang lepas.


Faedah Bekerja Dalam Sektor Awam.
Tedapat  banyak  kelebihan  dan  faedah  yang  diperolehi  setelah  menyertai
sektor awam. Di antaranya adalah:
1. Elaun Perumahan,
2. Cost Of Living Allowance (Cola),
3. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA),
4. Kenaikkan Gaji Setiap Tahun,
5. Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan,
6. Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan,
7. Cuti Bersalin,
8. Pinjaman Perumahan,
9. Caruman KWSP ataupun Pencen,
10. Bersara pada umur 58 tahun pilihan atau 60tahun,
11. Peluang Kenaikan Pangkat,
12. Peluang Melanjutkan Pelajaran,
13. Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa,
14. Bekerja  dalam  jangkasamasa  yang  sesuai  bagi  manusia  8  jam  sehari
(kadang-kadang lebih masa juga),
15. Lebih   mepunyai   masa   bersama   keluarga   dan   dapat   mewujudkan
keluarga yang lebih bahagia.


ANDA  TIDAK  TERUJA  KE?  Dan  bermacam-macam  lagi  kebaikan  yang  boleh
anda  fikirkan  sendiri.  Dan  disebab  itulah  juga  dilaporkan  permohonan  untuk
jawatan  awam  yang  dianjurkan  oleh  sektor  awam  meningkat  pada  setiap
tahun.

No comments:

Post a Comment